bukan diri ku

August 12th, 2007 by ziziee

Bukan Diriku - Samsons

setelah kupahami
ku bukan yang terbaik
yang ada di hatimu

tak dapat kusangsikan
ternyata dirinyalah
yang mengerti kamu
bukanlah diriku

kini maafkanlah aku
bila ku menjadi bisu
kepada dirimu

bukan santunku terbungkam
hanya hatiku berbatas
tuk mengerti kamu
maafkanlah aku

reff:
walau kumasih mencintaimu
kuharus meninggalkanmu
kuharus melupakanmu
meski hatiku menyayangimu
nurani membutuhkanmu
kuharus merelakanmu

dan hanyalah dirimu
yang mampu memahamiku
yang dapat mengerti aku

ternyata dirinyalah
yang sanggup menyanjungmu
yang lama menyentuhmu
bukanlah diriku

erm moody

December 17th, 2006 by ziziee

Ish dua hari cuti…tak buat apa2 pun…Ari sabtu pi lowyat jap p cari adapter tuk laptop dell..erm bertolak awl sagt dalam kul 9 lebih camtu lah rasanya…Aku pi ngan kete. sbbnya mls nak naik kemudahan awm ni.Aku ni taklah penyabar sagt org nya..lambat sikit aku membebel lah.hehe. nak buat camna..:). Erm sampai jek kl..masuk lah parking kete ni..Erm dah tengok dah situ..satu jam Rm3..dan jam berikutnya dalam RM3..erm mahl tu..tapi tak kisah lah…masuk jeklah…

Bila dah parking kete erm jalan lah aku p lowyat. Aku g ngan kawan baik aku lah..Kesian aku tgk kawan aku tu..ikut aku kehulu ke hilir…dah muncung2 mulut dia..Erm tp nak buat camna…aku tak berani nak pi sorang2…Terpaksalah ajk dia teman.Tp dia baik..dia ikut gak aku pi sana. Bila dah naik kat lowyat tu..erm jln2 cari kedai lak..erm ingtkan barang tu takde..rupanya ada…tapi bila tanya harga…erm tgk2 duit lak tak cukup.huhu..lepas tu cakplah kat tuan kedai tu..nak pi ambik dulu duit..dia cam tak pecaya jek..dia ingt aku nk pi survey kedai lain agaknya.Lepas tu dia suruh tinggal duit deposit.Erm aku apa lagi..tinggal lah duit deposit..Lepas tu aku turun lah nak pi ambik duit…Hehe.Tp yang kesian nya kawan aku ni..dah cam tak nak bercakpa dah…Asik masam jek..Buat lawak pun cam senyum2 gitu jek.Serba salah gak aku.Takpe2…nanti aku ada duit aku belanja dia mkn…Huhu.Sori yer..tapi kawan aku ni jeklah peneman aku skrg..baiknya dia..hehe.

Ok duit pun dah ada..aku pun pi lah kat kedai tu balik..dapatlah adapter tu kat aku…erm penat jek datg jauh2 semata2 nak beli adapter tu jek.Dahalah masa tu duit tinggal berapa ringgt jek.Susahnya idup.

Masa balik tu byr parking kene Rm9..Fuuuh tekezut gak.tapi nak buat camna…byr jeklah…Lepas tu siap lupa ambik resit lak..erm apa lagi…takleh claim lah.Ni pun dapat special offer dari bos..Dapat claim kalo p cari adapter.Last2 resit parking lak tak ambik..melepas lah duit tu.Erm bukan senang nak dapat claim dari opis ni…

Erm abislah episod ari sabtu aku…

Ni ari ahad lak…Biasalah..Duit dah tak byk dah tinggal..Erm kene duk umah jeklah..Mkn n tido jek..dah tahu nak buat apa..ZZZZZZZZZZZZZ,oklah chaw………

bengang xdpat

December 13th, 2006 by ziziee

ai kawan2…..ga bengang bangat ni…tensen siot.Baru ni aku aa p interview kat um tupun namanya um tp  keje tu kt koperasi  buku.Dia nk budak it y boleh buat keje…Ish aku dh buat sebaik mungkin dh..jwb pun dengn penuh berani..ish tapi asik rezeki tkde jek…Aku rs yg um ni dh kesepuluh interview aku pegi…semuanya sm..xdpt. Mungkin dia nk laki kot.Tak percaya kpd pompuan lh tu…ish tensen2…try jeklh ambik aku…ha tgk kesan drpd aku keje ni..gerenti puas hati pnya…..huhu.tensen2.

Aku dh mls dh keje ni…tk berkembang lgsng otak aku.dh lah aku sorg2 bidang it kt sini.Diorg anggap semua yg berkaitan dengn elektrik atau komputer ni aku tau…sampaikan kabel adapter putus kena  gigit tikus disuruhnya aku sambung…ish apa punya kedekut lah…mn boleh..baik beli baru jek…huuhu…camna ni?apa silap aku pi interview tk dpt..pdhal..semua aku dpt jawab…ah….mls nk pk..chauwwwww

Pagi td

August 24th, 2006 by ziziee

Assalamualaikum….

Hehe..Pg td aku dtg keje cam biasa lah kul 7.30 dr umah.Aku bawak kete lelaju tuk sampai ofis aku kat puchong kul 8.00.hehe..cam biasa kalo jalan tak jam aku dapat sampai sblm kul 8 atau tepat2 kul 8. Erm pagi td sambil bwk kete aku layan lah satu lagu ni.Erm menusuk kalbu gak lah..Selain daripada once tu..ni lah lagu yg buat aku rasa tenng sikit.Erm kalo ada part pisah2 ni aku meng jatuh cinta sikit ngan lagu tu..huu…
K ni dia lirik lagu tu…Maksd lagu ni begitu mendalam rasanya…jap ek…

Salah kah aku
mencintaimu
memilikimu
menyanyangi mu

Jangan paksakan kita untuk
selalu bersama
jangan paksakan kita untuk
selalu mencinta

Salahkan aku
mencintaimu
memilikimu
menyanyangimu

Bila kita harus berpisah
sudah
Biarkan ini semua berakhir
sudah
Cinta memng tak harus kumiliki

Jangan paksakan kita untuk
selalu bersama
Jangan paksakan kita untuk
selalu mencinta

Bila kita harus berpisah
sedah
Biarkan ini semua berakhir
sudah
Cinta memang tak harus kumiliki.

Ha…ni lah lagu dia..hehe..Best gak. :)

Rabu 2 / 8/ 2006

August 1st, 2006 by ziziee

RABU…..

Erm sekarang ni baru pukul 8.30. Jap agi dalam kul 9.30..aku dah kene jalankan tanggungjawab aku..Hehe, apa lagi mengajar ar. Tapi lambat agi. Ni sajek2 menunggu aku taip lah blog aku yang dah lama aku tinggalkan ni. :).Biasalah ala-ala bz..semuanya rasa cam tak sempat.
Erm kawan….Apa ek nak ckp pasal kawan ni…Bg aku kawan ni adalah untuk masa senang dan susah.Aku bukan jenis kawan yang nak masa senng jek.Tp aku sedikit terkilan dengan kenyataan seseorg yang mengatakan..Erm dia dah tak kisah dengan aku dan boleh tinggalkan aku, dan juga dia mengatakan yang dia takde mendatangkan masalh pd aku.Entahlah mungkin dia bergurau atau mungkin betul apa yang dimaksdkan.Aku tak pasti.Yang pasti aku betul2 sedih.Ingat lagi…dalam tahun-tahun yang sebelum ni..masa tu tgh susah..semua benda buat sama-sama.Semua hal kongsi sama-sama.Begitu rapat.Tapi skrg dah lain.Mcm masing2 ada kehidupan sendiri.Semuanya dah tak sama mcm dl dah..nak buat sama cam dl pun dah susah.Sebabnya masing-masing dah ada org baru dan ada kehidupan baru.Aku tak kisah semua tu.Itu pendapat dia.Bagi aku..kawan tetap kawan..memang tak boleh ditukar ganti.Aku kalo dah kawan ngan sorang..aku akan jaga dia sebaik yg mungkin.Semua aspek aku akan titik beratkan.Yg utama aku jg perasaan kawan aku.Aku tak nak diorg sedikit pun terasa ngan aku.Memang lah susah nak buat tapi sekurangnya aku mencuba.Yang kedua aku akan sentiasa ada tepi dia sama ada susah atau senng..Itu sikit sebanyaklah pasal kawan ni..hehe.oklh tu jek.

8.48 Pagi….Okey leps ni kemas2 sikit sebabnya nak buat persiapan pi kelas.Ari ni aku kene ajar diorg pasal HTML. Erm tak taulah aku mampu ke tak.Aku sendiri pun sama level..tgh2 nak belajar.Nak tak nak aku jek kene study lebih pada diorg ni…Erm student aku ni.Lepas kelas ni..aku cam nak belajar PHP sikit lah.Aku rasa nak cari keje lain lah.Bukan tak suka duduk di kolej ni.Tapi…erm ramai yang dah berenti dah.Semuanya dapat keje best2.Sini bukan tak best.Tapi kolej sini aku sorg jek bidang It.Aku x suka sebab aku takleh nak rujk pada saper2 kalo ada msalah pasal kom, network dan jugapasal yg berkaitan ngan subjek yg aku ajr ni.Jadik aku sedikit tertekan dengan persekitaran camni..Semua hal It diserahkan pada aku sampaikan sekarang ni bidang aku meliputi software, hadware n network.Erm dgr cam gempak jek.Tp semua ni aku just paham2 yang basic2 jek…Tak terlalu mendalam sbbnya susah nak rujuk kalo tetiba ada problem.Terpksa minta kawan2 lain yg datang membantu.Nasiblah diorg jenis tak berkira.Semua yang datang tolong aku tak dkenakan byran langsg.Kesian jugak kat diorg.Tapi nak buat camna..Nak kasi duit aku pun…Erm gaji ciput jek..Entahlah.Ni bukan berkira..merungut jek…:).

Kul 9.01 Pagi..Okeylah dalam stgh jam jek lagi ni..Ok nanti sambung

kongsi bersama…sumber dari abim

July 14th, 2006 by ziziee

Harian Metro Edisi KL : Anda mahu taubat? Bayar RM300
Oleh Saipul Adli Mohamad

GOMBAK: Satu kumpulan yang berselindung di sebalik siri pengajian tafsir al-Quran, dikesan menyimpang daripada ajaran Islam dengan mengenakan bayaran RM300 sebagai ‘wang taubat’ untuk menyucikan diri pengikut barunya.

Pendedahan mengenai kegiatan kumpulan Daulah Islamiah Nusantara (DIN)/Pemuda Khafi itu yang sudah lebih 10 tahun bertapak di negara ini dibuat Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), semalam.

Abim menganggap DIN memperalatkan agama untuk mengumpul dana dan boleh pesongkan akidah umat Islam.

Seorang bekas ahli kumpulan itu, Leman (bukan nama sebenar), mengakui sudah membayar RM1,360 termasuk RM1,000 untuk pendaftaran awal, RM300 sebagai ‘wang taubat’ dan RM60 untuk yuran bulanan.

“Bagi duit taubat, saya pada mulanya mahu membayar RM100 saja kerana kekurangan wang, tetapi mereka kata saya sudah hidup dan berdosa selama 25 tahun, tidak mungkin boleh bayar RM100 saja. Mereka arahkan saya bayar penuh RM300,” kata graduan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu.

Leman menyatakan dia kini dikatakan ‘kafir’ kerana hanya sempat mengikuti ajaran itu selama lebih dua minggu saja, berbanding tempoh enam bulan yang ditetapkan untuk sesi pengajian digelar tilawah asas.

“Saya ikut kumpulan itu April lalu. Saya diajak tahun lalu oleh tiga orang berlainan, termasuk rakan sekolah dulu. Seingat saya, saya diajak tiga kali, tetapi mereka sebenarnya ada rekod menyatakan sudah empat kali usaha itu dilakukan.

“Saya tertarik kerana ada kelas al-Quran, malah rakan itu menyatakan ajaran berkenaan lain daripada yang lain. Lagipun, ia pelik kerana tidak tahu siapa guru sebenar dan lokasi pula berubah mengikut keadaan.

“Kali pertama tilawah, saya dibawa rakan yang dipanggil penaja itu ke Cheras. Ketika masuk ke kawasan itu, kami ikut jalan yang berpusing-pusing kononnya supaya orang kafir tidak nampak. Saya ingat orang kafir yang dimaksudkan adalah bukan Islam, rupanya mereka yang bukan pengikut ajaran ini dikatakan kafir,” katanya.

Menurutnya, sesi tilawah pertama itu diadakan di rumah kedai dan di dalamnya terdapat dua orang lain, yang digelar pendamping dan penyampai, lalu berlaku situasi tiga lawan satu.

Menurutnya, dalam tempoh lima hingga 10 hari pengajian, mereka menggunakan serangan psikologi, tafsiran al-Quran dan hadis mengikut logik untuk menimbulkan keraguan terhadap asas Islam sebenar dan mendakwa terdapat empat asas pengajian iaitu akidah, ibadah, sunnah dan pelaksanaan.

“Saya dalam keadaan sedar, tetapi tidak sempat berfikir kerana ia dilakukan secara intensif. Seminggu ada tiga atau empat kali sesi tilawah dan satu sesi selama tiga jam. Mereka hafal ayat dan terjemahan, cakap sikit lapik dengan ayat al-Quran dan surah tertentu.

“Fahaman terhadap kewajipan solat dicairkan. Mereka dakwa apa saja yang dilakukan adalah solat dan menggunakan hadis Rasulullah s.a.w. solat pada waktu malam sampai pecah kaki sebagai hujah dan bagi mereka, itu bukan solat biasa.

“Soal solat ini menyebabkan saya berpatah balik dan keluar dari ajaran itu. Pada tilawah pertama, mereka benarkan saya sembahyang tetapi tiga pemimpin itu tidak sembahyang. “Apabila saya tanya, mereka kata solat ada dua jenis iaitu ‘actual dan ritual’ yang bermaksud solat biasa dilakukan di tempat suci dan aman manakala aktiviti dakwah atau pelaksanaan ajaran keIslaman seperti gerak kerja kumpulan ini juga adalah solat.

“Secara tidak langsung, penjelasan itu bermakna mereka menafikan solat dan mereka anggap ketika sesi tilawah keadaan tidak aman seperti sedang berperang, jadi tak perlu solat.

“Saya tidak setuju dengan hal itu dan tarik diri,” katanya sambil menjelaskan ada juga ahli yang keluar kerana tidak mampu membayar yuran pengajian.

Selain pengajar sering berubah, Leman berkata, dia pernah diarah beberapa kali menutup mata kali untuk ke destinasi pengajian supaya pengikut tidak tahu lokasi berkenaan dan kononnya ia bertujuan menguji keikhlasan hati.

“Contohnya kelas 8 malam. Penaja akan menerima panggilan telefon daripada orang atasan dan dia akan beritahu lokasi. Sama ada lokasi itu tempat tilawah atau sekadar tempat transit sebelum dijemput untuk ke tempat lain pula, bergantung kepada keadaan.

“Mata akan ditutup ketika dalam perjalanan untuk ke lokasi sesi bai’ah ke atas. Biarpun tiga kali saya diarah menutup mata, saya tidak rasa takut kerana semuanya dirasakan sebagai rakan rapat. Sepatutnya, tempoh tilawah enam bulan dan selepas itu, ada tilawah lanjutan.

“Saya pernah ‘bersembang’ dalam forum di laman web dan dapati ramai lagi pengikut ajaran sama di negara ini. Saya turut ‘bersembang’ dengan seseorang yang dipercayai pengikut ajaran itu di negara jiran, sejak tiga tahun lalu dan hasilnya, ia ajaran sama yang menyeleweng,” katanya.

UTUSAN MALAYSIA

Kumpulan ajaran sesat mahu tubuh empayar Islam dikesan

GOMBAK 28 Sept. - Sebuah kumpulan ajaran sesat yang bermatlamat mewujudkan empayar pemerintahan Islam atau negara Islam kini dikesan bergerak aktif dengan berselindung di sebalik kelas pengajian al-Quran.

Kegiatan kumpulan yang bergerak secara rahsia dan tersusun itu dikesan hasil kajian dan penyelidikan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sejak lebih enam bulan lalu.

ABIM mula melakukan penyelidikan itu setelah menerima maklumat mengenai kegiatan ajaran sesat tersebut daripada beberapa orang bekas anggota kumpulan berkenaan.

Presiden ABIM, Yusri Mohamad berkata, kumpulan yang bergerak atas nama Daulah Islamiah Nusantara (DIN) atau Pemuda Kahfi itu dipercayai bergerak aktif di negara ini sejak lebih 10 tahun lalu.

Bagaimanapun katanya, kegiatan kumpulan DIN yang mempunyai organisasi tersusun dan penuh kerahsiaan itu sukar dikesan kerana mereka bergerak atas nama kelas pengajian al-Quran.

Menurutnya, berdasarkan pengakuan bekas ahli kumpulan itu, kebanyakan pengikut ajaran sesat DIN terdiri daripada golongan profesional termasuk doktor, jurutera, peguam dan pensyarah.

HARAKAH DAILY

Abim dedah ajaran sesat Kumpulan Din/Pemuda Kahfi

Oleh SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Hrkh) - Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak keselamatan agar memantau rapi aktiviti agama khususnya ajaran dan amalan Kumpulan Din atau Pemuda Kahfi.

Berdasarkan modus operandi kumpulan terbabit, Abim juga yakin ajaran Kumpulan Din menyeleweng daripada ajaran Islam.

Presiden Abim, Yusri Mohamad, dalam satu sidang media khas di Anjung Rahmat, Gombak, dekat sini hari ini, mendedahkan aktiviti Kumpulan Din atau Pemuda Kahfi yang bergerak melalui siri pengajian tafsir al-Quran.

"Abim memandang serius isu ini yang melibatkan beberapa ajaran yang boleh menyebabkan umat Islam keliru dan terjebak dalam sebuah lagi ajaran yang akan merosakkan masyarakat Islam," katanya.

Menurut Yusri, kumpulan terbabit pada peringkat awalnya melibatkan kelas pengajaran dan pemahaman al-Quran yang dilakukan secara tersusun dan rahsia.

Katanya elemen kerahsiaan begitu tinggi dapat dilihat melalui tempat belajar yang berubah-rubah, transit kereta, menutup mata dalam perjalanan, eksploitasi kewangan atas nama pembelajaran al-Quran.

"Kerahsiaan nama penyampai pengajian dan tidak membenarkan pengajian ini diketahui umum, keahlian sesama ahli dalam gerakan juga dirahsiakan malah mempunyai beberapa lapisan pemimpin yang tidak dikenal pasti," katanya.

Dalam pada itu, Yusri juga mengesyaki kumpulan terbabit bermotif mengumpul dana memandangkan pengikut dikenakan yuran sehingga RM3,500 sebaik sahaja tamat pengajian mereka.

Jelasnya, kumpulan Pemudah Kahfi ini akan mengenakan bayaran sebelum memasuki kelas tilawah prospek (orang baru) dikehendaki membayar wang ‘taubat’ dengan nilai minimum RM300.

Tambahnya, wang ‘taubat’ itu adalah tambahan kepada RM1,000 yang telah dibayar untuk menyertai kelasnya sebagai pendaftaran awal, RM60 bulanan, RM70 untuk pembelian barang keperluan dan RM3,500 untuk bayaran melawat ‘Negara Islam’.

"Kumpulan ini mensasarkan orang Islam sahaja, umurnya pula tidak tua dan tidak muda yang penting pengikutnya adalah orang bekerja dan mempunyai gaji lumayan," kata beliau.

Beliau juga mendakwa ajaran ini pun sudah memasuki kampus-kampus institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Justeru, Abim menyeru umat Islam mengambil sikap berhati-hati memantau ahli keluarga dalam mengikuti pembelajaran agama terutama sekali berkait rapat dengan modus operandi atau pendekatan yang didedahkan.

Pengakuan sulit bekas ahli Pemuda Khafi

Seorang pemuda yang enggan mendedahkan identiti kerana dibimbangi dicari oleh pengikut-pengikut kumpulan terbabit yang dikatakan pergerakan mereka sungguh licik dan sistematik, bersedia membuat pengakuan kepada media.

Pemuda terbabit menceritakan bagaimana beliau terjebak dalam kegiatan kumpulan berkenaan tiga bulan yang lalu.

Pada mulanya beliau telah diajak untuk memdalami ilmu agama Islam dan al-Quran oleh seorang teman lama waktu sekolah dahulu.

Katanya, bagaimanapun beliau tidak diberitahu tempat dan masa untuk mengikuti kuliah agama itu, sebaliknya akan dihubungi kemudian.

Sebaik sahaja dihubungi, beliau akan dijemput oleh salah seorang pemimpin kumpulan itu dan di bawa satu tempat di Shamelin Perkasa selepas berpusing-pusing di kawasan itu untuk mengelak daripada ‘orang kafir’ nampak mereka.

"Kata pemimpin kumpulan ini, orang yang ada di sekelilingnya tidak kira Islam ataupun bukan, semuanya kafir," katanya kepada wartawan.

Beliau juga menceritakan bagaimana dirinya boleh terdorong untuk mengikut ajaran berkenaan.

Beliau dibawa berjumpa dengan gurunya yang dikenali sebagai penyampai, pendamping, sponsor (orang yang menariknya mamasuki kumpulan ini) dan calon (dirinya sendiri).

"Saya kena berhadapan ketiga-tiga guru itu, dan di sini proses indoktrinasi kepada saya berdasarkan tiga nisbah satu bertolak kepada keyakinan baru yang diperoleh prospek akan meneruskan pengajaran di sesi berikutnya," jelasnya.

Tambahnya, kelas pengajaran bermula dengan program ‘brainwash’ atau digelar ‘pembasmian fahaman jahiliah’ yang dilakukan selama enam bulan.

"Proses ini dinamakan Sistem pendidikan Iqra’/Islam (SPI) yang hanya boleh disertai setelah tamat sesi pengenalan (4 sesi dengan tema besar - masa yang diambil kurang daripada 2 minggu)," katanya.

Tegasnya, doktrin utama kumpulan ini berpandukan kepada empat tema besar antaranya, akidah, contohnya, pengertian kalimah syahadah pada frasa Muhammad ur-Rasulullah mereka memberi makna bahawa perkataan Muhammad bukan merujuk kepada Nabi Muhammad tetapi kepada umat, gerakan atau sesiapa sahaja yang menyebarkan risalah Islam.

Selain itu, katanya, konsep Nubuwwah (kerasulan/kenabian) yang pada mereka diyakini berterusan sehingga kiamat, selagi ada orang yang menyebarkan Islam maka orang tersebut adalah juga Rasul.

Tema yang kedua, katanya ialah Sunnah, seperti, sunnah pada mereka diertikan sebagai ‘apa yang Muhammad buat setelah dilantik menjadi Rasulullah.

Dan tema yang ketiga, kata beliau, ialah ibadah iaitu mereka berpendapat, solat terbahagi kepada dua jenis iaitu ’solat aktual’ dan ’solat ritual’.

Katanya, menurut mereka ’solat ritual’ adalah solat seperti biasa yang pada mereka hanya dijalankan di tempat-tempat aman dan suci seperti di rumah manakala ’solat aktual’ adalah sebarang aktiviti dakwah atau pelaksanaan ajaran keislaman (ataupun tilawah dalam istilah mereka) yang dilakukan, pada mereka ini juga adalah solat.

Atas dasar solat inilah beliau mula berfikir bahawa ajaran mereka adalah sesat dan daripada sinilah beliau mula keluar daripada kumpulan terbabit.

Beliau juga menyatakan antara dasar-dasar ajaran Kumpulan Pemuda Kahfi ini juga, rasul tetap diutus sehingga kiamat, wajib ikrar taat setia (bai’ah) kepada imam (pemimpin), dosa boleh ditebus dengan wang bergantung sama ada besar atau kecil jumlah wang ditentukan pemimpin, di luar kelompok mereka adalah kafir, membahagikan suasana persekitaran kepada zaman Makkah dan Madinah dan sekarang zaman Makkah maka syariat tidak perlu dijalankan.

Menurut pemuda itu, beliau telah dikenakan bayaran sebanyak RM1,360 sepanjang tilawahnya enam bulan dan ramai di kalangan ahli keluar dari kumpulan ini kerana tidak mampu untuk membayar wang ‘taubat’ itu. – lanh

Kering tahap DEWA

June 29th, 2006 by ziziee

Haha…Percaya atau tak…aku datang keje ari ni hanya berbekalkan duit ringgit tuk byr tol pegi n balik jek.Dasat kan.Nasib baik lah kete aku ada sisa sisa minyak agi.Erm sempat lah samapi datang keje.Erm camna nak buat ek.Aku dah mesej ayah aku tadi…mintak pertolongan sikit.Tapi dia buat dek jek…huhu.Dia tak sayang aku ke…Tensen lah camni..huhu.

Ok sampai sini…erm susah nyer lah idup..:)k..lah bye

June 29th, 2006 by ziziee

PANDUAN BERSAHABAT

1.Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.  Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka.  Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang.  Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.  Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.  Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?  Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.  Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan.  Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku.  Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini.  Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.  Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya.  Peliharalah cintamu terhadap mereka.  Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.  Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.  Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku.  Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan.  Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.  Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati.  Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala.  Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan.  Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.  Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka.  Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia.  Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.  Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.  Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.  Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya.  Berpisah dengannya bererti istirehat.  Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan.  Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.  Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

29/06/07

June 29th, 2006 by ziziee

Rehat sebentar selepas satu hari membuat website astin.Erm dah kering idea aku dibuatnya.Tak tahu nak letak apa..n nak kreatif camna..Aduih penin penin.

Erm buat website takde lah seteror mana.Cukup2 mkn jek.Aku buat website ni sampai makan masa berbulan2.Aku dah naik pening kepala dibuatnya.Bila dah besar ni..baru tahu betapa payahnya nak carik duit.Kene keje..kene byk pk..byk masalah..byk semua segilah.Kalo dl kecik2…erm takde masalah pun…Kalo ada pun ngan kawan2 sebbnya berebuat mainan jek kalo dl2..:)

Skrg ni cam hidup semua kene buat sendiri..Carik duit sendiri.Buat keje sendiri.Mkn kene carik sendiri…semua keje kene buat sendiri..erm ni cam nak jadik budak kecik balik ni…Masa kecik ni semua org jaga…Bestnyer…………….

Okeyla nak sambung buat keje..Takde mood ari ni lah..gaji tak masuk agi ar…mlm ni tak makan lagi lah nampaknya..huhu.Erm nak bukak bisnes lah camni.Semlm dah lah duit ada RM10 jek..Simpan tuk ari ni.Erm ni nak mintak ngan saper pn tak terpk agi..huhu.Laparnya!!!!!!!

Okeylah..sampai sini dl…ada hari jumpa lagi…bye

Isnin 26/6/06

June 26th, 2006 by ziziee

ERm….apa ek topik ari ni…Erm aku nak ckp pasal gaji lah…haha.

Sekarang ni kalo tgk tarikh erm dah makin penghujung bulan..erm gaji lum dapat agi.poket pun dah kosong ni.huhu.Erm entahlah.Betullah org ckp, kalo duit takde ni..penin dibuatnya…

Tp ari ni last aku mengajar student aku.:).Ari rabu ni diorg exam.Erm td just ulangkaji ngan bagitau apa jek yang masuk.Erm tgk muka diorg..cam tak takutjek nak exam.Hepi jek..Tensen aku.Ingat diorg boleh jawab lah tu.Erm kalo ikutkan soklan aku buat ni..erm semuanya ikut buku dan juga soklan ni juga dah banyak kali diorg dah jawab…Tp diorg muka biasa jek.Cam konfiden jek leh jawab.Tp aku yg ajar diorg…aku tahulah camna ragam diorg..huhu.

Erm ni kelas terakhir.Paper dah siap..cuma tak mark agi,…byk agi ni tak mark ni.huhu.Kete aku pun dah bersepah ngan tugasan diorg.Erm bila aku nak buat pun aku tak tahu.Penat lah jadik ni……huhu!!!!!!!

Erm nak buat camna…Kalo berenti karang…nak keje kat mn?..lagi susah….WAaaaaaa tulun..tulun…tulun…

Erm k lah..sini dl..chow dl.nanti sambung