Archive for June, 2006

Kering tahap DEWA

Thursday, June 29th, 2006

Haha…Percaya atau tak…aku datang keje ari ni hanya berbekalkan duit ringgit tuk byr tol pegi n balik jek.Dasat kan.Nasib baik lah kete aku ada sisa sisa minyak agi.Erm sempat lah samapi datang keje.Erm camna nak buat ek.Aku dah mesej ayah aku tadi…mintak pertolongan sikit.Tapi dia buat dek jek…huhu.Dia tak sayang aku ke…Tensen lah camni..huhu.

Ok sampai sini…erm susah nyer lah idup..:)k..lah bye

Thursday, June 29th, 2006

PANDUAN BERSAHABAT

1.Sahabat Yang Baik

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.  Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka.  Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang.  Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.

2.Mencari Sahabat Di Waktu Susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka.  Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka.  Kalau suka melanda, aku sering bertanya…. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?  Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.

3.Pasang-Surut Persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.  Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan.  Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkan dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku.  Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

4.Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat

Bila tak ketemukan sahabat-sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat.

Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspada.

5.Sukarnya Sahabat Sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini.  Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.  Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya.  Peliharalah cintamu terhadap mereka.  Maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.  Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku janji orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

6.Sahabat Sejati Di Waktu Susah

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.  Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku.  Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.

7.Rosaknya Keperibadian Seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan.  Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.  Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.

8.Menghormati Orang Lain

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah ia akan dihormati.  Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah ia akan dihinakan.

Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala.  Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

9.Menghadapi Musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan.  Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.  Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan.

Aku tampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai.

Manusia adalah penyakit dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka.  Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.

10.Tipu Daya Manusia

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia.  Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk.  Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

11.Tempat Menggantungkan Harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.  Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.

12.Menjaga Nama Baik

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.  Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya.  Berpisah dengannya bererti istirehat.  Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan.  Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.  Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia.

Selamat tinggal dunia jika tasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.

29/06/07

Thursday, June 29th, 2006

Rehat sebentar selepas satu hari membuat website astin.Erm dah kering idea aku dibuatnya.Tak tahu nak letak apa..n nak kreatif camna..Aduih penin penin.

Erm buat website takde lah seteror mana.Cukup2 mkn jek.Aku buat website ni sampai makan masa berbulan2.Aku dah naik pening kepala dibuatnya.Bila dah besar ni..baru tahu betapa payahnya nak carik duit.Kene keje..kene byk pk..byk masalah..byk semua segilah.Kalo dl kecik2…erm takde masalah pun…Kalo ada pun ngan kawan2 sebbnya berebuat mainan jek kalo dl2..:)

Skrg ni cam hidup semua kene buat sendiri..Carik duit sendiri.Buat keje sendiri.Mkn kene carik sendiri…semua keje kene buat sendiri..erm ni cam nak jadik budak kecik balik ni…Masa kecik ni semua org jaga…Bestnyer…………….

Okeyla nak sambung buat keje..Takde mood ari ni lah..gaji tak masuk agi ar…mlm ni tak makan lagi lah nampaknya..huhu.Erm nak bukak bisnes lah camni.Semlm dah lah duit ada RM10 jek..Simpan tuk ari ni.Erm ni nak mintak ngan saper pn tak terpk agi..huhu.Laparnya!!!!!!!

Okeylah..sampai sini dl…ada hari jumpa lagi…bye

Isnin 26/6/06

Monday, June 26th, 2006

ERm….apa ek topik ari ni…Erm aku nak ckp pasal gaji lah…haha.

Sekarang ni kalo tgk tarikh erm dah makin penghujung bulan..erm gaji lum dapat agi.poket pun dah kosong ni.huhu.Erm entahlah.Betullah org ckp, kalo duit takde ni..penin dibuatnya…

Tp ari ni last aku mengajar student aku.:).Ari rabu ni diorg exam.Erm td just ulangkaji ngan bagitau apa jek yang masuk.Erm tgk muka diorg..cam tak takutjek nak exam.Hepi jek..Tensen aku.Ingat diorg boleh jawab lah tu.Erm kalo ikutkan soklan aku buat ni..erm semuanya ikut buku dan juga soklan ni juga dah banyak kali diorg dah jawab…Tp diorg muka biasa jek.Cam konfiden jek leh jawab.Tp aku yg ajar diorg…aku tahulah camna ragam diorg..huhu.

Erm ni kelas terakhir.Paper dah siap..cuma tak mark agi,…byk agi ni tak mark ni.huhu.Kete aku pun dah bersepah ngan tugasan diorg.Erm bila aku nak buat pun aku tak tahu.Penat lah jadik ni……huhu!!!!!!!

Erm nak buat camna…Kalo berenti karang…nak keje kat mn?..lagi susah….WAaaaaaa tulun..tulun…tulun…

Erm k lah..sini dl..chow dl.nanti sambung

Semangat yang ilang

Monday, June 12th, 2006

Semangat yang ilang..

Erm sajek jek buat camni….semlm aku nyer semngt betul2 down..byk masalh di office.Mlm td datg office tuk pasal cable network..Tup tup sampai..erm pintu office lak kunci.Padahal td siang dah pesan awl2 kat bos..jgn kunci pintu coz..mlm i nak dtg..huk huk huk. Kecewalah..yelah dtg jauh2 dengan semangt yg membara nak pasang cable..tetiba pintu lak tak leh bukak. Tp tu tak penting..yg penting..i  nak kasi member tgk website yg i buat…hehe…nak mintak tolg ia make up kan sikit2…tp takleh lah…tak tahulah.Janji ari ni lak nak try pasang cable n tgk website.Tgklah jadik ke tak…’

Semlm tgk bola..jepun lawan australia…hehe…cam minat bola jek i ni..selama ni tak minat pun…tp takpelah..cuba jinakkan dr.Erm frust ar ngan jepun..bukan bermaksud i sokong jepun..tp frust tgk dia main..huhu…dah saat2 genting dia leh kasi australi sumbat 3 goal!!!!! huhu..memng kesian…Erm permainan ni memng susah nak di jangka..kejap jek pihak lawan boleh atasi…Tapi tu xpe agi….Tak ilang agi semngt aku….

Erm lewat mlm…Mungkin aku byk berpk…tetiba kepla aku mcm kene hempap batu besar…Sakitnya…erm hanya tuhan jek yg tahu..Aku basahkan kepala aku kasi sejuk..Tak tahulah sakit apa yg ada pada aku ni..huk huk huk…Migrain kot…sbbnya sakit kepala aku ni dtg bila aku byk berpk..maklumlah td main2 kira tarikh lahir…erm ada dia bajek perangai aku ni..org yg berpk dan suka mempersoal sesuatu perkara…hehe..yelah tu agaknya…Erm oleh kerna sakit kepala tu..aku tak dapat tido lena…masa tulah aku ingt kat mak aku…tp inngt jek…nak dia gosok2 kepala aku tu.rasanya tak lah kot…

Aku ingat kat adik aku yg sama penyakit ngan aku ni..sakit kepala..tak tahulah..Susah nak ubat kalo migrain ni…Erm dalam-dalam aku sakit kepla ni…aku berjaya lenakan tido aku ni tepat kul 5….huhu..brp jam jek aku tido..kul 6..aku dah bgn balik…terkelip2 aku sengsorg…Lepas tu cam biasalah..6.45 bangkit betul2..n mandi tuk g keje….Erm ari ni..anku ngantuk gilos…huhu

Keje….Keje….Keje

Friday, June 9th, 2006

Waaaaaaaa….

Biasa lah aku..idup ni tak penah nak hepi. ada jek benda yg sakit kepala..n yg membuatkan mood aku bertukar menjadi serigala..hehe..Tapi xpelah..abaikan jek..Nak buat camna…idup mesti diteruskan jugak…

K ari ni di tempat keje..tak buat apa2..cuma mengecat banguuna office.Hehe…best gak..sekurang-kurangnya..leh masuk dalam resume..dalam kelayakan mengecat…hahha…apa2 jek. :)

Erm sekarang baju n seluar aku dah separa comot dah.Erm balik nanti kene cuci habisan lah nampaknya…n aku harap tido ku lena sampai pg…:).Tapi esok janji nak pi joging ngan member..Erm tak tahulah jadik ke tak..Duk tunggu mesej dia lah ni…

Semlm ada citer best..Tepat kul 12 aku dah telena kejap…TEtapi..jeng jeng jeng…..haha..dalam kul 1 aku dikejutkan dengan letupan seerti bunga api..haha..masa ni aku dah bepeluh dah..Yelah..Duk sorang2..cam2 leh pk…Aku dah mulai berpeluh manik2…aku ambik selimut..aku tutup semua…Erm…tetapi..letupan tu masih kedengan..aku jadik makin tak selesa…daripada takut aku tukar jadi marah2..jadik bengis lah sikit..yelah..aku penat..nak tido..tetiba bunyi tu makin menjadi2..aku pun..terus bgn..n bukak lampu n tgk sekeliling..hahha…cam lah berani.Tapi marah punya pasal…aku bgn jek..Kononnya nak marah ar..:).

Aku tgk dalam umah aku..ERm tak de apa2..aku bukak pintu kat ampaian tu…RErm tetiba aku tgk org kat bawah dah ramai giler…Rupanya..Tiang elektrik kat umah aku buat hal..dia kuar percikan api..Erm cam bunga api ar…Tp mslhnya bising sgt…Taklama kemudian tgk kete bomba sampai..ERm aku pun tgk jeklah aksi bomba tu settlekan maslah tu…ERm tu jek citernya…Erm bukan citer hantu..hehhe :)

Lepas tu aku pun tido lah dengan aman nya….Tanpa rasa takut agi…Peluk bantal…ZZZZZZZZZZZZ :)